Bomba selamatkan 5 individu terperangkap kepala air

Bomba selamatkan 5 individu terperangkap kepala air

KUALA LUMPUR – Lima individu termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan pasukan bomba berikutan kejadian kepala air di Kampung Batu 10, Lebuhraya Cheras-Kajang dekat sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 9.05 malam.

Menurutnya, sebuah jentera bersama enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dihantar ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan terdapat lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan masing-masing seorang wanita serta kanak-kanak lelaki terperangkap di seberang sungai akibat kepala air.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pasukan menggunakan peralatan tangga untuk membantu kesemua mangsa menyeberang sungai,” katanya dipetik Harian Metro menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kelima-lima mangsa berjaya diselamatkan dan tidak mengalami kecederaan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *