BERITA UTAMA
Kes gangguan seksual: Polis sudah ambil keterangan bekas Ahli Parlimen

Kes gangguan seksual: Polis sudah ambil keterangan bekas Ahli Parlimen

PETALING JAYA – Polis sudah mengambil keterangan seorang bekas Ahli Parlimen yang didakwa terbabit kes gangguan seksual ke atas seorang pemilik restoran di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar @ Ismail, berkata lelaki berusia 40-an itu diambil keterangan, baru-baru ini.

“Setakat ini, kami sudah mengambil keterangan 13 individu termasuk suspek dan mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 507A/509 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi BHNews, di sini, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap pemilik restoran terbabit sebanyak dua kali, iaitu pada Januari dan Julai lalu, sebelum mangsa tampil membuat laporan polis. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *