Lelaki Rohingya disyaki bunuh isteri, 2 anak disambung reman 7 hari

Lelaki Rohingya disyaki bunuh isteri, 2 anak disambung reman 7 hari

ALOR SETAR – Tempoh reman ke atas seorang lelaki etnik Rohingya yang disyaki membunuh isteri dan dua anaknya, disambung tujuh hari lagi hingga 2 September ini untuk membantu siasatan.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, seorang lelaki etnik Rohingya disyaki membunuh isteri dan dua anaknya yang ditemukan dengan kesan kelar di leher.

Mayat isterinya yang berusia 34 tahun dan anak perempuannya yang berumur 10 tahun ditemukan dalam longkang di belakang bangunan terbiar berhampiran Pekan Simpang Kuala, di sini, jam 5 petang, 19 Ogos lalu.

Mayat anak lelakinya yang berusia dua tahun ditemukan di kawasan Pantai Leman, Kuala Kedah, jam 12 tengah hari, 20 Ogos lalu.

Berikutan itu, polis menahan lelaki terbabit di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang di sini. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *