Tak puas hati dengan juri, gelanggang silat SUKMA kecoh dibaling botol

Tak puas hati dengan juri, gelanggang silat SUKMA kecoh dibaling botol

SARAWAK – “YA dikira jatuhan sebab lawan dapat tangkap kakinya semasa menyerang dan jatuh, keputusan pengadil betul sebab perkara teknikal susah orang nak faham.

Itu antara penerangan dari Mohd Johari Mizuhasnin selepas penyokong Sarawak tidak berpuas hati keputusan daripada pengadil dalam acara pesilatan wanita Sukma 2024.

Disebabkan tidak berpuas hati, penyokong tuan rumah telah membaling botol ke dalam gelanggang perlawanan.

Insiden berkenaan dikatakan terjadi ketika perhitungan suku akhir kategori Bawah 45 kg membabitkan pesilat tuan rumah, Iman Syakilla Mahdi dan peserta Wilayah Persekutuan, Nurin Alyaa Damia Mohd Masran.

Kejayaan Nurin mendahului Iman Syakilla menyaksikan pertarungan terpaksa dihentikan dan tinjauan di aplikasi Sukma 2024 menyaksikan pertarungan itu masih lagi ditangguh.

Akibat daripada insiden berkenaan, Utusan Borneo melaporkan jawatankuasa penganjur menghentikan perlawanan di kedua-dua arena satu dan dua bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Keputusan sama ada untuk meneruskan perlawanan atau sebaliknya akan ditentukan oleh pihak jawatankuasa pertandingan selepas perbincangan bersama.

Bagaimanapun, setakat ini difahamkan semua kontinjen diarahkan balik ke penginapan masing-masing.

Laman sesawang SUKMA Sarawak juga menyatakan perlawanan membabitkan perlawanan itu ditangguh. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *