Mangsa terakhir bot karam di Lundu ditemukan 100 meter dari lokasi kejadian

Mangsa terakhir bot karam di Lundu ditemukan 100 meter dari lokasi kejadian

LUNDU – Mangsa terakhir tragedi bot karam di Batang Kayan, Kampung Selampit dekat Lundu, Sarawak ditemui pada Khamis.

Jasad Alasma Jitwil, 14, ditemui selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak Selasa lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii, mangsa dijumpai terapung di hulu sungai berkenaan.

“Jasad mangsa dijumpai pada pukul 6.38 pagi oleh orang kampung. Mangsa ketiga dijumpai timbul 100-meter dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada Rabu, media melaporkan jasad Vilkie Wilson, 15, ditemui terapung kira-kira 10-meter dari Pusat Kawalan Operasi Bomba sekitar pukul 11.58 pagi, manakala jasad Heleana Fasha Petrus, 16, dijumpai kira-kira satu kilometer ke hilir sungai sekitar pukul 5.30 petang.

Dalam tragedi sekitar pukul 6 pagi Selasa, sebuah bot yang membawa muatan 16 pelajar, tiga orang awam dan seorang jurumudi telah karam.

Seramai 12 pelajar dan empat lagi mangsa telah berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung, manakala empat pelajar dilaporkan hanyut.

Bagaimanapun, seorang daripada pelajar yang hanyut berjaya diselamatkan selepas ditemui berpaut pada kayu tidak jauh dari lokasi kejadian.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Tiga lagi mangsa iaitu Heleana, Vilkie dan Alasma tidak berjaya diselamatkan dan operasi SAR dilancarkan sebaik sahaja laporan berhubung kejadian diterima.

Operasi SAR disertai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu, Polis Gerakan Udara, Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Sarawak Coast Guard, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Persatuan Jetski Sarawak dan penduduk kampung. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *