PSP Energy raih untung bersih RM7.9 juta, melonjak 95.3 peratus

PETALING JAYA – PSP Energy Berhad (PSP Energy) mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 95.3 peratus kepada RM7.9 juta bagi suku pertama berakhir 30 September 2026 (S1 TK2027), berbanding RM4.1 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Peningkatan keuntungan itu didorong pertumbuhan hasil sebanyak 61.4 peratus kepada RM344.7 juta berbanding RM213.6 juta sebelumnya, susulan prestasi lebih kukuh segmen perdagangan dan pengedaran produk bahan api.

Kumpulan penyedia penyelesaian bahan api komersial, perkhidmatan bunkering dan pelincir itu berkata, kedua-dua segmen berkenaan menyumbang RM130.5 juta kepada pertambahan hasil sebanyak RM131.1 juta sepanjang suku dikaji.

Seiring pertumbuhan hasil, keuntungan kasar kumpulan meningkat 88.1 peratus kepada RM17.9 juta berbanding RM9.5 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Margin keuntungan kasar turut bertambah 0.7 mata peratusan kepada 5.2 peratus berbanding 4.5 peratus.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat 76 peratus kepada RM9.8 juta berbanding RM5.6 juta, manakala margin PAT bertambah kepada 2.3 peratus daripada 1.9 peratus.

Berdasarkan perbandingan suku ke suku, hasil kumpulan meningkat sembilan peratus atau RM28.4 juta kepada RM344.7 juta berbanding RM316.2 juta pada suku keempat tahun kewangan 2026.

Pertumbuhan itu disumbangkan terutamanya segmen perdagangan produk bahan api yang mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 48.7 peratus atau RM51.2 juta kepada RM156.2 juta, meskipun sebahagiannya diimbangi sumbangan lebih rendah daripada segmen pengedaran produk bahan api.

Pengarah Urusan Kumpulan PSP Energy Berhad, Ong Chee Seng berkata, tumpuan kumpulan bagi tahun kewangan 2027 adalah memastikan pelaburan dalam infrastruktur operasi mampu diterjemahkan kepada pertumbuhan perniagaan mampan dan penciptaan nilai jangka panjang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Katanya, peningkatan kapasiti bunkering dan penyimpanan, peluasan armada pengangkutan serta rangkaian pengedaran pelincir meletakkan kumpulan pada kedudukan lebih baik untuk memenuhi keperluan pelanggan dan merebut peluang pasaran baharu.

” Kami kekal komited mengoptimumkan keupayaan operasi, meningkatkan kecekapan serta mengekalkan pengurusan kewangan dan modal kerja yang berhemat bagi memberikan pulangan mampan kepada pemegang saham,” katanya.

Dalam usaha memperkukuh keupayaan operasi, kumpulan mentauliahkan kapal bunker baharu, Ryokyo Maru, pada September 2026 dengan kapasiti kasar 2.5 megaliter.

Pentauliahan itu meningkatkan jumlah armada kumpulan kepada empat kapal bunker dengan kapasiti kasar keseluruhan 4.9 megaliter, sekali gus memperkukuh keupayaannya memenuhi permintaan pelanggan dalam segmen bunkering marin.

Kumpulan turut menjangkakan manfaat operasi sepanjang tahun kewangan penuh daripada kemudahan bunkering dan penyimpanan di Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka yang mula beroperasi pada April 2026.

Kemudahan berkenaan meningkatkan kapasiti penyimpanan tetap kumpulan sebanyak lima kali ganda kepada 7.5 megaliter berbanding 1.5 megaliter sebelum ini.

Keupayaan itu disokong armada pengangkutan yang merangkumi 40 lori tangki jalan raya bagi memperkukuh rangkaian pengedaran bahan api.

Selain itu, PSP Energy memperluas perniagaan pelincir menerusi penubuhan pejabat dan gudang di Kuantan, Pahang.

Anak syarikat milik penuhnya, PSP Lubricants (M) Sdn. Bhd. turut dilantik sebagai pengedar sah produk pelincir Sinopec bagi Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pelantikan itu dijangka memperluas portfolio produk kumpulan serta mengukuhkan kehadiran pasarannya di wilayah utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Mengulas prospek, PSP Energy kekal optimis secara berhati-hati terhadap pertumbuhan perniagaan, disokong peluasan keupayaan operasi dan permintaan berterusan terhadap produk petroleum daripada sektor pengangkutan, logistik, pembuatan serta pembinaan.

Bagaimanapun, kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada kecekapan operasi, peruntukan modal secara berhemat dan pengurusan modal kerja yang berdisiplin bagi menangani ketidaktentuan harga bahan api global serta perubahan keadaan pasaran.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *