BERITA UTAMA
Tangkapan warga Yaman melakukan gangguan seksual ke atas mangsa warga tempatan

Kebanjiran warga asing mengundang padah, gangguan seksual terhadap warganegara

SEPANG – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Bahagian Sepang menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara melihat kembali penempatan semua warga asing di kawasan tumpuan terutama di bandar dengan kepadatan penduduk yang mengundang kes jenayah.

Dengan kehadiran mereka di kawasan penempatan adakalanya tidak sesuai, yang mana sesetengah majikan lepas tangan menempatkan pekerjanya di kawasan melibatkan warga negara.

Menurut Ketua Wira Bahagian Sepang, Muhammad Aidil Ruzaimi, kehadiran mereka itu membuatkan warga tempatan tidak selesa dan takut, lebih lagi ada antaranya menunjukkan sikap tidak bermoral.

Justeru, tegasnya, Putra Bahagian Sepang menggesa Majlis Perbandaran Sepang membuat serbuan ke premis perniagaan terutama di kawasan Cyberjaya yang menjadi tumpuan warga asing berniaga.

“Bukan setakat berniaga, ada juga di kalangan mereka menjadi pemilik restoran dan kedai runcit dengan 100 pekerjanya adalah kalangan warga asing.

“Kebanjiran mereka di kawasan tumpuan mencari rezeki memberi saingan kepada warganegara, malah mereka juga memonopoli perniagaan asas seperti restoran dan kedai runcit yang sepatutnya dimiliki rakyat tempatan.

“Apa yang membimbangkan, berlaku banyak kes jenayah melibatkan warga asing dan warganegara, yang mana penempatan mereka berdekatan dengan kawasan warga tempatan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Menurut Muhammad Aidil, pihaknya menerima aduan dari seorang warga tempatan yang bekerja di Hospital Cyberjaya, telah diganggu seorang warga asing dari Yaman.

Katanya, dalam kejadian 17 Ogos lalu, lelaki warga asing terbabit telah melakukan gangguan seksual ke atas mangsa di kawasan Block A Cyberia Smarthome dan tangkapan telah dibuat semalam.

Sementara itu, Ketua Wiranita Putra Bahagian Sepang, Siti Isniah Abd. Wahab memaklumkan, sebaik menerima aduan itu, pihaknya bersama mangsa membuat laporan polis.

Katanya, perilaku sesetengah daripada mereka bermain judi di restoran, minum arah di khalayak memperlihatkan sikap tidak bermoral.

“Adakalanya mereka bergaduh, bertempik di tempat umum melakukan perbuatan tidak baik dan gelagat itu boleh mempengaruhi generasi muda serta memberi kesan negatif kepada masyarakat setempat.

“Jangan jadikan Malaysia seperti negara mereka yang mengamalkan sikap terbuka. PBT dan agensi penguatkuasa seperti Imigresen perlu melipat gandakan usaha memantau serta mengawal kebanjiran warga asing di kawasan penempatan warga tempatan.

“Kawasan Cyberjaya menjadi tumpuan penempatan warga asing ibarat Arab Town dan Bangladesh Town. Kes tangkapan 700 warga China disyaki melakukan jenayah siber scammer melibatkan kerugian berjuta-juta ringgit di salah satu penempatan di sini beberapa tahun lalu dan kes pelacuran merungkai persoalan kebanjiran warga asing,” ujar beliau. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *