KUALA LUMPUR — Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka akan ditutup sepenuhnya bermula jam 12 tengah hari pada 21 Julai ini hingga jam 5 pagi 27 Julai bagi membolehkan kerja persiapan, operasi dan pembongkaran acara dijalankan.
Tourism Malaysia dalam kenyataannya berkata, penutupan penuh jalan turut dilaksanakan sempena raptai dan Citra Perarakan (Colours of Parade), iaitu perarakan kebudayaan berskala mega Citrawarna 2026, seperti berikut:
* Raptai: 24 Julai 2026 (Jumaat), dari jam 9 malam hingga jam 2 pagi
* Perarakan: 25 Julai 2026 (Sabtu), dari jam 6 petang hingga jam 11 malam

Pada kedua-dua waktu penutupan tersebut, laluan perarakan akan ditutup sepenuhnya dari Bulatan Dato’ Onn ke Jalan Parlimen sehingga ke Jalan Raja Laut, Jalan Esfahan, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak, serta dari susur masuk Jalan Kinabalu ke Jalan Sultan Hishamuddin.
“Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda lalu lintas serta menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan jalan.
Pengunjung juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka,” kata Tourism Malaysia.
Bagi memudahkan perjalanan pengunjung ke Dataran Merdeka, Grab akan menawarkan baucar promosi e-hailing yang bernilai RM3 kepada 1,000 pengguna terawal setiap hari dari 24 hingga 26 Julai 2026.
Sebanyak 3,000 baucar bernilai keseluruhan RM9,000 akan ditawarkan sepanjang tiga hari acara berlangsung. Maklumat lanjut, termasuk kod promosi, akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi platform media sosial rasmi dan laman sesawang berkaitan.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penutupan jalan, sorotan festival, jadual program, promosi hotel, kod promosi Grab bagi e-hailing dan sebagainya, orang ramai boleh mengikuti platform media sosial rasmi Citrawarna di @citrawarna.my & @malaysia.truly.asia atau melayari www.malaysia.travel.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L