KUALA LUMPUR – Cropmate Bhd. berkata, semua akaun bank yang sebelum ini dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dinyahbekukan.
Pengeluar baja itu berkata, pembekuan telah ditarik balik ke atas semua akaun bank milik syarikat dan anak syarikatnya yang terjejas.
Cropmate juga menjelaskan, tiada pengarah, pegawai, pekerja atau wakil kumpulan itu telah ditangkap atau didakwa dengan sebarang kesalahan yang timbul daripada perkara itu.
Pengarah Urusan Cropmate Berhad, Lee Chin Yok berkata, pihaknya gembira kerana semua akaun bank yang terjejas kini telah dinyahbekukan, memberikan kepastian untuk operasi perbankan syarikat dan mengesahkan semula daya tahan perniagaan.
Sepanjang tempoh pembekuan itu operasi Cropmate diteruskan tanpa gangguan material, disokong oleh pengaturan perbankan alternatif syarikat, pengurusan kewangan yang berhemat dan dedikasi pekerja yang berterusan,” katanya.
Chin Yok berkata, syarikat mahupun anak syarikatnya tidak dijadikan subjek sebarang prosiding pelucutan hak berkaitan dengan siasatan tersebut.
Pada 27 April, Cropmate mengumumkan SPRM telah membekukan akaun bank tertentu syarikat dan anak syarikatnya berkaitan dengan siasatan anti pengubahan wang haram yang sedang dijalankan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L