Putera Mahkota Brunei lawat Malaysia mulai hari ini

Putera Mahkota Brunei lawat Malaysia mulai hari ini

PUTRAJAYA – Putera Mahkota Brunei dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 21 Ogos.

Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah akan diiringi isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad, serta pegawai-pegawai kanan, menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, semalam.

Semasa di Kuala Lumpur, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah akan mengadakan kunjungan menghadap ke atas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, disusuli Majlis Santapan bagi meraikan delegasi Brunei.

Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kedua-dua pihak dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Lawatan ini menambah lagi makna kepada hubungan istimewa dan mesra antara Malaysia dan Brunei, yang bertunjangkan kesamaan warisan, budaya dan hubungan antara rakyat.

“Ini terutamanya apabila kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik pada tahun ini,” menurut kenyataan itu.

Pada 2023, Brunei merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM9.31 bilion (RM9.31 bilion). – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *