Pemuda cedera selamatkan tiga beranak daripada rentung

Pemuda cedera selamatkan tiga beranak dari rumah terbakar

KUALA LANGAT – Seorang pemuda cedera di bahagian tangan ketika menyelamatkan tiga beranak dalam kejadian kebakaran di Jalan Toman, Banting awal pagi tadi.

Kecederaan dialami pemuda berusia 24 tahun itu akibat terkena serpihan kaca selepas memecah masuk dari bahagian dapur rumah tersebut.

Tiga beranak yang diselamatkan itu berusia lima hingga 45 tahun dan tidak mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran melibatkan empat rumah teres dengan panggilan kecemasan diterima jam 1.15 pagi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, seramai 23 anggota termasuk pegawai dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Telok Panglima Garang bersama jentera terlibat dalam operasi pemadaman.

“Terdapat tiga beranak terperangkap di bahagian belakang salah sebuah rumah. Mereka berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

“Penyelamat (pemuda) yang cedera itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Kata beliau, kebakaran itu menyebabkan dua rumah musnah 30 peratus dan dua lagi masing-masing lima dan satu peratus.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurut Ahmad Mukhlis, sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Perodua Aruz dan Honda Wave musnah keseluruhanya manakala dua lagi motosikal musnah lima dan 10 peratus. ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *