Hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei perlu dipelihara - Mohamad

Hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei perlu dipelihara – Mohamad

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei perlu dipelihara.

Menurut Kementerian Luar di platform X, Mohamad dalam ucapannya semasa majlis makan malam memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan Brunei di Bandar Seri Begawan pada Ahad malam, turut menggalakkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Mohamad dan Menteri Luar Brunei, Datuk Seri Setia Erywan Pehin Yusof, merupakan tetamu kehormat pada majlis makan malam itu, katanya.

Majlis itu turut dihadiri pembesar Brunei, pegawai kanan Kerajaan Brunei, dan Ketua Perwakilan Asing.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mohamad kini dalam lawatan kerja selama dua hari ke Brunei untuk menghadiri Mesyuarat Ke-25 Pelaksanaan Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei (EOL-25). – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *