Hamas mula proses pilih Ketua Biro Politik baharu ganti Ismail Haniyeh

Hamas mula proses pilih Ketua Biro Politik baharu ganti Ismail Haniyeh

GAZA – Pasukan pejuang Palestin, Hamas mengumumkan kepimpinan organisasi itu telah memulakan proses untuk memilih Ketua Biro Politiknya yang baharu berikutan pembunuhan Ismail Haniyeh di ibu negara Iran, Tehran.

“Berikutan kematian syahid pemimpin kami (Ismail Haniyeh), kepimpinan pergerakan telah memulakan proses perundingan yang luas dalam kepimpinan dan institusi penasihatnya kuntuk memilih ketua baharu bagi pergerakan itu,” lapor media antarabangsa yang memetik kenyataan Hamas.

Kenyataan itu turut menyebut, pembunuhan Ismail “hanya akan menjadikan Hamas dan perjuangan Palestin lebih kuat dan bertekad untuk meneruskan jalan dan pendekatannya.”

Hamas turut memaklumkan, akan mengumumkan keputusan rundingan sebaik sahaja ia selesai.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Allahyarham Ismail dibunuh awal Rabu lalu dalam serangan yang didakwa Iran dilakukan oleh rejim Zionis Israel.

Pengawal peribadi Ismail turut terkorban.

Ketika serangan itu berlaku, Allahyarham Ismail berada di Tehran untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *