Pertembungan dua darjat berbeza malam esok

Pertembungan dua darjat berbeza malam esok

KUALA LUMPUR – Tiga lagi aksi Liga Super akan berlangsung malam esok namun tumpuan akan terarah kepada pertembungan dua darjat berbeza dalam Liga Super iaitu ‘kayangan’ dan ‘bawahan’ berdasarkan ranking liga ketika ini.

Juara bertahan yang masih cemerlang dengan enam kemenangan berturut-turut dalam liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk menentang PDRM FC yang ketika ini berada di tangga ke-11 liga.

Sri Pahang FC yang menghuni tangga ke-10 pula akan melayan kunjungan pasukan di tangga kedua, Selangor FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Di atas kertas dan penilaian menerusi prestasi semasa, JDT dan Selangor dijangka tidak berdepan masalah untuk terus mengutip mata penuh sekali gus memastikan dua slot teratas terus menjadi milik mereka selepas tujuh perlawanan, lapor BH Online.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Prestasi PDRM FC dan Sri Pahang ketika ini jelas tidak membantu mereka menghadapi cabaran besar ini dalam misi mencipta kejutan sekalipun beraksi di laman sendiri.

Tonik yang diharapkan belum lagi menjelma memandangkan skuad The Cops belum meraih sebarang kemenangan dalam tiga aksi terakhir liga, begitu juga Sri Pahang yang kempunan meraih kemenangan dalam empat aksi terakhir.

Apa yang perlu dibimbangkan PDRM adalah mengenai jentera serangan JDT yang sudah meledak 21 gol dalam enam aksi liga ketika mereka membelasah Terengganu FC 4-0 minggu lalu.

Sri Pahang juga perlu berwaspada apabila Selangor nampaknya mula menemui rentak mereka selepas hambar dalam empat perlawanan terakhir dan kebangkitan mereka membenam Penang FC 4-1 seharusnya menjadi amaran buat skuad Tok Gajah di Temerloh.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Selain itu, pertembungan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dijangka menarik apabila pasukan di tangga kelima, Kuala Lumpur City akan menentang pasukan tangga ketiga, Sabah FC.

Di sebalik perkara ‘luar padang’ yang hangat diperkatakan mengenai dua pasukan ini namun kedua-dua pasukan nampaknya tidak terjejas apabila beraksi dengan lebih baik berbanding pasukan yang lain yang dilihat ‘cukup makan.’

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee berpeluang merampas kedudukan kedua daripada Gergasi Merah jika berjaya menewaskan KL City sambil mengharapkan Sri Pahang mengejutkan Selangor.

Jika tidak merampas kedudukan kedua sekalipun, setidak-tidaknya tiga mata diraih di tempat lawan dapat terus memberikan tekanan dan merancakkan lagi perebutan naib juara Liga Super musim ini.

JADUAL LIGA SUPER MALAM ESOK

Sri Pahang mln Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Temerloh. – 8.15 malam

Kuala Lumpur City mln Sabah di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. – 8.15 malam

PDRM mln JDT di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selayang. – 9 malam

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *