Tak ada yang nak jumpa bincang kerjasama dengan Anwar, Zahid – Mohd Amar

KOTA BHARU – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah menafikan dakwaa kononnya ada pemimpin pembangkang mahu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang mengenai kerjasama Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Sebaliknya, beliau berkata, sebenarnya apa yang berlaku adalah Pas bersama parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) ketika ini sedang memperkukuh kerjasama gabungan politik itu.

“Setahu saya, tiada pemimpin pembangkang mahu mengadakan perbincangan atau pertemuan dengan kedua-dua pemimpin Kerajaan Perpaduan itu.

“(Itu tidak berlaku) kerana sikap mereka yang suka mungkir janji,” katanya.

Mohd Amar yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkata demikian mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO yang mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, ketika ini beliau belum terbuka hati untuk berjumpa wakil daripada parti berkenaan.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, tiada perbincangan berkenaan kerjasama antara UMNO dan Pas, namun jika pun ada pertemuan sekalipun ia dibuat secara tidak rasmi. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *