6 borang pencalonan PRK DUN Nenggiri dibeli setakat ini

6 borang pencalonan PRK DUN Nenggiri dibeli setakat ini

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mengesahkan enam borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, bulan depan sudah dibeli setakat ini.

Pengarahnya, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata kesemua borang berkenaan dibeli oleh wakil parti di pejabat SPR.

“Setakat ini kita mendapati enam borang pencalonan dibeli oleh wakil parti masing-masing. Kesemua borang terbabit dibeli di pejabat SPR,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Pada 19 Jun lalu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun.

SPR menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *