Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari

Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman

PUTRAJAYA – Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibebaskan selepas tahanan reman mereka berakhir hari ini.

Menurut sumber, mereka diperintahkan untuk membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang dengan RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.

“Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri dan sekiranya diperlukan oleh pihak SPRM sehingga siasatan selesai,” katanya.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada 10 Julai lalu, SPRM menahan semua individu itu ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Pasangan suami isteri itu dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan cara betul. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *