Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak - UNRWA

Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak – UNRWA

RAMALLAH – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran Semenanjung Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak, akibat serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober 2023.

Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma berkata, dalam satu hantaran di X, lebih 600,000 kanak-kanak di Gaza tidak dapat bersekolah sejak perang Israel bermula pada Oktober.

Beliau merujuk kepada penutupan sebilangan besar sekolah dan sekolah-sekolah UNRWA menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang hilang tempat tinggal.

“Ini bermakna jika perang ini berterusan, kita akan menghadapi risiko kehilangan seluruh generasi kanak-kanak,” katanya.

Pengarah komunikasi agensi bantuan itu menggesa gencatan senjata, demi kanak-kanak di Gaza. – BERNAMA-WAFA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

14.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *