Taiwan awasi tindak tanduk tentera China lintasi ruang udaranya

Taiwan awasi tindak tanduk tentera China lintasi ruang udaranya

TAIPEI – Taiwan mendakwa sedang mengawasi tindakan tentera China selepas pesawat pejuangnya melintas di ruang udara negara itu bagi menyertai latihan bersama kapal pengangkut pesawat, Shandong China di Pasifik.

Latihan ketenteraan China itu bertepatan dengan sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Washington, Amerika Syarikat (AS) yang mana satu draf menyatakan China telah menjadi penentu usaha perang Russia di Ukraine dan China terus menimbulkan cabaran sistemik kepada keselamatan dan Eropah.

Shandong melintas berhampiran Filipina dalam perjalanan ke latihan Pasifik, kata Menteri Pertahanan Taiwan, semalam.

Dalam kemas kini harian mengenai aktiviti ketenteraan China sejak 24 jam yang lalu dikeluarkan pada pagi ini, Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan pihaknya telah mengesan 66 pesawat tentera China di sekitar negara berkenaan.

Katanya, daripada jumlah itu, 39 pesawat menuju ke selatan dan tenggara Taiwan.

“Semalam, kami telah mengesan sebanyak 36 pesawat menuju ke Pasifik Barat bagi menjalani latihan dengan Shandong,” katanya.

Kementerian itu turut mengeluarkan dua gambar, iaitu imej hitam putih pejuang China J-16 dan imej berwarna memaparkan pengebom H-6 berkeupayaan nuklear, yang diambil baru-baru ini.

Bagaimanapun, gambar berkenaan tidak menyatakan dengan tepat di mana atau bila ia diambil.

Menurut Jurucakap Kementerian Pertahanan Taiwan, Sun Li-fang, pihaknya mempunyai pemahaman terperinci mengenai aktiviti di laut dan perairan di sekitar negara berkenaan.

“Tentera Taiwan mempunyai pemahaman terperinci mengenai aktiviti di laut dan perairan sekitar Selat Taiwan, termasuk pesawat dan kapal Komunis China,” kata jurucakap kementerian Sun Li-fang dalam satu kenyataan.

“Tentera Taiwan juga berjaya menjejaki dua pesawat pejuang China yang gambarnya telah diambil, katanya.

Kementerian Pertahanan China bagaimanapun tidak memberi sebarang jawapan bagi mengulas mengenai aktiviti di Shandong.

Sementara itu, Presiden Taiwan, Lai Ching-te berkata, beliau akan terus memperkukuhkan pertahanan negara itu.

“Ancaman China terhadap kestabilan serantau semakin meningkat, pencerobohan zon kelabunya ke Selat Taiwan, kawasan sekitarnya juga meningkat dari hari ke hari iaitu cabaran biasa kepada demokrasi global,” katanya dalam satu kenyataan.

Taiwan mendakwa China menggunakan taktik zon kelabu yang menghentikan pertempuran bagi menguji dan menekan pasukan Taiwan termasuk rondaan pengawal pantai yang kerap berhampiran pulau Kinmen yang dikawal Taiwan. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *