BERITA UTAMA
Selamat Hari Jadi Tun Mahathir - Putra

Selamat Hari Jadi Tun Mahathir – Putra

TANGGAL 10 Julai 2024 adalah Hari Ulangtahun Tun Dr. Mahathir Mohamad, tokoh negarawan Malaysia bertaraf dunia.

Seluruh warga Parti Putra dan sebagai rakyat Malaysia sewajarnya bersyukur kerana Tun Mahathir dipanjangkan umur serta diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

Mencecah umur 99 tahun adalah satu pencapaian luar biasa yang jarang dilalui oleh rakyat di Malaysia.

Putra akan terus mendoakan Tun Mahathir dipanjangkan umur kerana apa jua pandangan dan suaranya amat bernas serta merendah diri untuk kebaikan rakyat dan negara.

“Tun Mahathir terus berjuang walaupun di usia lanjut, tiada siapa yang sanggup bersuara dengan berani walaupun terhadap Institusi Raja-raja.

“Tun Mahathir terkenal dan diiktiraf sebagai pemimpin bertaraf dunia yang berpengaruh. Ketokohan beliau tidak boleh dibanding oleh mana-mana pemimpin termasuk di peringkat dunia.

“Saya sendiri pernah mengikuti beliau ke lawatan luar negara termasuk ke Latin Amerika dan Eropah ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan selepas menjadi Perdana Menteri,” kata Presiden Putra, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali.

Katanya, apa yang beliau lihat, betapa pemimpin dunia lain amat menghormati dan menyanjungi kewibawaan, ketokohan serta kepimpinan Tun Mahathir.

Bagaimanapun, kata beliau, bila tiba masanya pasti akan berpisah juga dan waktu itulah rakyat Malaysia akan merasai kehebatan Tun Mahathir sebagai pemimpin.

“Selamat Hari Ulangtahun kelahiran yang ke-99 buat Tun Mahathir. Semoga kita semua terus berjuang atas nama Lillahi Taala,” katanya. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *