BERITA UTAMA
Tanah runtuh di lombong emas ragut 10 nyawa, 43 hilang

Tanah runtuh di lombong emas ragut 10 nyawa, 43 hilang

JAKARTA – Tanah runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas di Bone Bolango, wilayah Gorontalo, Sulawesi, Indonesia pada Ahad dilaporkan mengorbankan 10 nyawa, dengan 43 individu belum ditemui.

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhairi pada Selasa berkata, jumlah mangsa yang hilang itu disahkan oleh agensi pengurusan bencana daerah.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan lebih 200 anggota di Kampung Tulabolo, daerah Suwawa Timur dihentikan buat sementara pada jam 6 petang Isnin akibat hujan lebat.

“Pihak berkuasa mengutamakan keselamatan anggota dan komited untuk meneruskan usaha pencarian apabila keadaan bertambah baik,” katanya.

Abdul Muhari berkata, operasi itu berdepan cabaran besar, termasuk keadaan tanah tidak stabil dan jalan tidak dapat dilalui ke kawasan terjejas, yang memerlukan perjalanan selama sembilan jam dengan berjalan kaki untuk sampai ke lokasi. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *