Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap – Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dengan penuh tawaduk dan akan berusaha mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kesepaduan jentera antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutama Pilihan Raya Umum ke-16.

“Amanah menghormati keputusan PRK Sungai Bakap dengan penuh tawaduk bahawa usaha berterusan akan digerakkan Amanah bagi mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan perpaduan.

“Amanah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas parti di semua peringkat yang telah memberikan komitmen cukup jitu sepanjang tempoh berkempen,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Pada Ahad lalu, Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi menewaskan calon PH Dr Joohari Ariffin.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya sebelum ini Nor Zamri Latiff, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *