ARIZONA – Semangat berpasukan Colombia menjadi faktor penyumbang utama kepada prestasi cemerlang pasukan Amerika Selatan itu tidak tewas dalam 27 perlawanan, kata pengendalinya, Nestor Lorenzo selepas membelasah Panama 5-0 pada suku akhir Copa America 2024.
Colombia yang kali terakhir mengalami kekalahan ketika tunduk 1-0 kepada Argentina pada Februari 2022, melepasi saingan peringkat kumpulan dengan dua kemenangan dan satu seri sebelum menewaskan Panama di Glendale, Arizona untuk menempah tempat dalam kelompok empat terakhir.
Kemenangan itu meningkatkan semangat mereka menjelang pertembungan sukar menentang Uruguay dengan beberapa pemain simpanan Colombia turut mendapat minit permainan ketika Lorenzo melakukan lima pertukaran dalam aksi suku akhir.
“Setiap daripada 11 pemain itu perlu membantu rakan sepasukan mereka dan itulah yang ditunjukkan pasukan ini. Sikap terbaik dan memberikan segala-galanya untuk rakan sepasukan mereka,” kata Lorenzo kepada pemberita.
“Ia jelas sejak minit pertama. Saya berasa kepimpinan harus diuruskan dan inilah yang difikirkan kakitangan kejurulatihan. Mereka semua bersaing dengan cara yang sihat.
“Saya gembira untuk menukar pemain. Saya menunggu saat ini kerana amat penting bagi jurulatih meletakkan pemain di atas padang pada masa yang sesuai untuk mereka berjaya, jadi kami perlu berhati-hati apabila membuat keputusan itu.”
Colombia akan menentang Uruguay yang menewaskan Brazil 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam satu lagi aksi suku akhir. – REUTERS
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252