"Andai Alif Aziz, Ruhainies bertemu jodoh, kita aminkan..." - Ibu

Aliff sedih ibu ‘diserang’ netizen akibat kontroversi

KUALA LUMPUR – Aliff Aziz sedih ibu, Siti Hafiza Basharahil menjadi mangsa serangan netizen akibat ‘tempias’ kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Bella Astillah dan kes khalwat dengan Ruhainies.

Aliff menghormati pendapat semua pihak terhadap kontroversi tercetus, namun, berharap orang ramai lebih berpada-pada dalam memberi pandangan.

“Sebagai anak, sudah semestinya kecewa dan sedih. Namun, kerana kekurangan dan kesilapan, saya sudah letakkan ibu pada posisi begitu.

“Cuma saya sangat berharap kepada semua orang, apa sahaja pendapat yang ada, kami semua hanyalah manusia biasa seperti orang lain. Kami manusia biasa yang buat salah dan silap, kami juga ada perasaan.

“Semua orang berhak memberi pendapat. Cuma saya berdoa dan berharap kepada semua, berpada-padalah dalam mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak baik,” katanya.

Menyifatkan apa yang terjadi sebagai peringatan untuk dirinya, Aliff memberi penjelasan mengenai hantaran berunsur Islamik yang dimuat naik di laman sosial milik dirinya dan ibu.

“Macam saya cakap, ini peringatan untuk saya kerana apa yang kita kongsi, apa yang kita taip, senang dikongsikan.

“Sebagai contoh, apabila saya dan ibu berkongsi hantaran tidak berkenaan, seperti berkongsi peringatan mengenai kata-kata Islamik, kita tidak perlu jadi baik untuk sebarkan perkara yang baik.

“Saya berharap apabila saya sebarkan perkara terbabit, Insya-Allah, Tuhan akan berikan kebaikan kepada saya,” katanya dipetik Berita Harian.

Ditanya mengenai emosi ibunya, Aliff berkata, insan tersayang itu semakin baik dan mengharapkan doa yang baik-baik.

“Saya minta kepada semua, daripada kita bercakap bukan-bukan atau bercakap kesat, lebih baik kita tidak bercakap apa-apa.

“Mengenai emosi ibu saya, dia semakin baik sekarang. Doakanlah semoga semua pihak diberi semangat dan kekuatan untuk maju ke hadapan serta menjadi lebih baik,” katanya.

Pagi tadi, Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi tadi bagi bacaan pertuduhan kes khalwat membabitkan mereka berdua.

Kesalahan khalwat itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang, di sini pada jam 12.35 pagi pada 9 Mac lalu.

Hakim Syarie Abu Suffian kemudian menetapkan 17 Oktober depan bagi sebutan semula kes dengan bon jaminan RM1,500 dilanjutkan yang sudah dibayar sebelum ini. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *