BERITA UTAMA
Enam Ahli Parlimen Bersatu jawab isu pelucutan esok

Enam Ahli Parlimen Bersatu jawab isu pelucutan esok

KUALA SELANGOR – Enam Ahli Parlimen Parti Bersatu yang dilucutkan keahlian bakal mengadakan sidang media khas di sebuah lokasi di Bangsar, kira-kira jam 12 tengah hari esok.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi berkata, semua enam Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir.

“Kita mahu jawab mengenai situasi terkini yang berlaku dan hari ini saya tidak boleh jawab apa-apa. Segala jawapan lengkap akan diberikan pada sidang akhbar esok,” katanya pada Jelajah Hari Terbuka Universiti Selangor (Unisel) 2024 di Padang Astaka, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Kelmarin, Naib Presiden Bersatu yang juga Ketua Whip di Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengemukakan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyatnya dikosongkan, lapor Kosmo!.

Pada 2 Jun lalu, Zulkafperi dan lima Ahli Parlimen Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *