Polis bantuan maut kereta terbabas langgar tiang elektrik

Polis bantuan maut kereta terbabas langgar tiang elektrik

PEKAN – Seorang anggota polis bantuan maut selepas kereta dipandunya terbabas melanggar tiang elektrik di Kilometer 77, Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Rabu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Ariffudin Mohd Ramly, 33, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa dalam perjalanan dari Kemaman ke Melaka.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang tinggal di bandar Jengka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, punca kemalangan dipercayai terbabas sendiri dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *