IBU mana tak gembira bila dapat melihat semula senyuman manis anak kesayangan yang sudah lama hilang.
Itulah apa yang dirasai ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza yang berkongsi momen itu di Instagram.
Dalam hantaran tu, Siti Hafiza meluahkan rasa syukur dapat melihat senyuman dan berharap agar anak lelakinya itu terus bersemangat dan belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan.
Masya-Allah, dah lama kami tak nampak senyuman Aliff. Muhasabah diri dan belajar dari kekhilafan serta berazam menjadi seorang insan yang lebih baik kerana Allah SWT.
Kita semua adalah pendisa, tapi Allah SWT Maha Pengasih. Kehidupan lepas adalah pengalaman, tetapi apa yang lebih oenting adalah sekarang dan mada g=hadapan. Yang penting ialah pengakhiran kita.
Sementara itu, Siti Hafiza mengatakan mereka sekeluarga termasuk suami dan dua anak perempuanya mendoakan agar segala urusan Aliff di dunia dan akhirat akan dipermudahkan Allah SWT. – Oh Media
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252