Dua hilang dalam tragedi bot karam di Belaga

Dua hilang dalam tragedi bot karam di Belaga

BELAGA – Dua lelaki hilang selepas dibawa arus deras manakala tiga yang lain berjaya diselamatkan selepas bot yang mereka naiki karam di Jeram Menjawah, berhampiran Rumah Panjang (Rh) Apan Long Menjawah di sini, semalam.

Kedua-dua mangsa yang hilang itu dikenali sebagai Balavishnu Permaloo, 39, dan Rhuban Apparoo, 30, dari Padang Serai, Kedah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 4.33 petang semalam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga ke lokasi, lapor Kosmo!.

Menurutnya, kejadian melibatkan sebuah bot panjang yang membawa lima orang termasuk pengemudi bot telah karam pada pukul 4 petang.

“Dilaporkan terdapat tiga mangsa telah selamat, manakala dua penumpang bot hilang.

“Semasa kejadian, bot yang dinaiki karam disebabkan arus deras di Jeram Menjawah.

“Jurumudi bot berusaha menyelamatkan kesemua penumpang, namun dua penumpang hanyut dibawa arus deras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada pukul 7.55 pagi tadi melibatkan anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Rela. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *