BERITA UTAMA
Dituduh atau bebas? Esok nasib ibu bapa Zayn Rayyan terjawab

Ibu dan bapa Zayn Rayyan didakwa hari ini – Peguam

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin akan didakwa di mahkamah di sini hari ini.

Perkara itu disahkan Fahmi Abd Moin yang merupakan peguam kepada bapa kanak-kanak autistik itu.

“Ya ada tuduhan untuk kedua-dua anak guam, namun saya tidak dapat kongsikan mereka didakwa atas pertuduhan apa, kerana tidak mahu mendahului pendakwa raya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.

Sementara itu, pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya mula dibanjiri pengamal media pagi ini bagi mengikuti rapat kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Tinjauan Astro AWANI mendapati, kawalan keselamatan juga ditingkatkan dengan kehadiran pihak polis untuk mengawal situasi.

Kelibat ahli keluarga kanak-kanak malang itu juga turut kelihatan bagi memberikan sokongan terhadap ibu bapa serta datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan.

Permohonan reman bagi ibu bapa Zayn Rayyan tamat hari ini dan persoalan sama ada pasangan terbabit didakwa dijangka diketahui jam 10 pagi ini.

Manakala bagi datuk dan nenek sebelah bapa mangsa pula, polis akan membuat permohonan reman untuk membantu siasatan kes tersebut. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *