Gambar Hiasan

Bom ikan, empat lelaki ditahan

LAHAD DATU – Empat lelaki suku Palauh ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu kerana menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan daerah ini, semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Lahad Datu, Komander Maritim Ts Dr Suzanna Razali Chan, berkata keempat-empat lelaki berusia antara 20 dan 40 tahun itu ditahan susulan dua laporan awam pada jam 6.16 dan 6.31 petang yang mengesan dua bot dipercayai sedang melakukan aktiviti mengebom ikan di lokasi 2.2 batu nautika di selatan Pulau Kun Kun.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985, Seksyen 26 membabitkan aktiviti menangkap ikan guna bahan letupan, racun dan sebagainya.

“Turut dirampas dua enjin bot, dua hos berserta kompressor dan dua botol bom ikan. Nilai semua rampasan berjumlah lebih RM5,000,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Suzanna berkata, komuniti maritim terutamanya di Sabah diingatkan supaya tidak melakukan aktiviti bom ikan kerana ia bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah membawa kesan negatif. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *