10 cedera dalam insiden tembakan di Wisconsin

10 cedera dalam insiden tembakan di Wisconsin

CHICAGO – Sekurang-kurangnya 10 cedera dalam insiden tembakan awal pagi di Madison, ibu negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), pada Ahad.

Ketua Polis Madison, Shon Barnes dalam sidang media berkata, sembilan mangsa cedera akibat tembakan, manakala seorang lagi cedera terkena pecahan kaca di majlis pesta di sebuah apartmen di pusat bandar Madison.

Mangsa berumur antara 14 hingga 23 tahun.

Barnes berkata, polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira 12.45 tengah malam (0545 GMT).

Tiada kecederaan yang dilaporkan mengancam nyawa mangsa.

Polis menemukan dua jenis kelongsong peluru berbeza di tempat kejadian, yang menunjukkan terdapat dua senjata berbeza digunakan.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini. -BERNAMA-XINHUA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *