210 korban baru serangan Israel di kem pelarian Nuseirat

210 korban baru serangan Israel di kem pelarian Nuseirat

GAZA – Sekurang-kurangnya 210 terbunuh dalam serangan ganas tentera Israel ke atas kem pelarian Gaza tengah, di mana empat tebusan berjaya diselamatkan, menurut pejabat media kerajaan Hamas.

“Jumlah mangsa pembunuhan beramai-ramai akibat serangan tentera Israel di kem al-Nuseirat meningkat kepada 210 orang, manakala lebih 400 lagi cedera,” kata pejabat akhbar dalam satu kenyataan.

Ia berlaku selepas tentera Israel mengumumkan empat tebusan Israel di al-Nuseirat diselamatkan dalam operasi yang dijalankan semalam.

Tentera menamakan tebusan yang didakwa diselamatkan dikenali sebagai Noa Argamani, 26, Almog Meir Jan, 22, Andrey Kozlov, 27, dan Shlomi Ziv, 41.

Tentera dalam satu kenyataan berasingan berkata, pasukan itu ‘menyasarkan infrastruktur pejuang Hamas di kawasan al-Nuseirat’.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berikrar untuk terus berjuang selepas serangan Israel ke atas kem berkenaan.

“Rakyat kami tidak akan menyerah dan akan terus melakukan penentangan bagi mempertahankan hak kami dalam menghadapi musuh jenayah ini,” kata Haniyeh dalam satu kenyataan.

Kerajaan Hamas dalam satu kenyataan sebelum ini melaporkan, seramai 94 orang terbunuh di dalam dan sekitar al-Nuseirat, sambil menambah bahawa mereka dibawa ke hospital Al-Aqsa Syuhada di Deir al-Balah.

Ia berkata, hospital itu ‘tidak dapat menampung jumlah syahid dan cedera’, dan merayu masyarakat antarabangsa dan organisasi bantuan untuk mendapatkan bantuan. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *