BERITA UTAMA
Bahasa Melayu “sampah” di sekolah Cina

Bahasa Melayu “sampah” di sekolah Cina

KUALA LUMPUR – Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) telah menunjukkan sikap ketara cauvinis mereka untuk tidak mematuhi Akta Pendidikan 1996, Dasar Pendidikan Nasional dan Falsafah Pendidikan Negara.

Pengerusi Biro Pendidikan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Nasir Othman berkata, bantahan keras mereka daripada arahan melaksanakan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar membuktikan sikap rasis golongan itu terhadap bahasa selain Cina sangat kuat.

Katanya, mereka juga telah menunjukkan sikap pentingkan kaum, tidak menghargai dan menghormati toleransi rakyat majoriti negara ini yang menerima paksa amalan sistem pendidikan vernakular.

“Sama juga seperti dakwaan hukuman paksa belajar menggunakan Bahasa Melayu di sekolah Cina. Jadi, siapakah sebenarnya lebih cauvinis dan rasis dengan mengenepikan kepentingan nasional.

“Alasan ibu bapa tidak boleh menerima Bahasa Melayu sangatlah dangkal, ego bongkak dan rasis. Kononnya, (Bahasa Melayu) memberi kesan negatif kepada pembelajaran murid yang langsung tidak masuk akal.

“Ternyata dengan alasan ini menunjukkan betapa ibu bapa kaum Cina menentang Dasar Bahasa Kebangsaan untuk dilaksanakan di sekolah sebagai bahasa rasmi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas bantahan Lembaga Sekolah PIBG dari 11 SMJK dan SMC di Pulau Pinang yang membantah pelaksanaan secara  paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagau bahasa peghantar dalam Dual Language Programme (DLP) yang dijalankan di sekolah mereka.

Menurut Nasir, dari segi psikologi juga alasan diberikan itu lebih bersifat diskriminasi, provokasi dan pentingkan diri.

Ujar beliau, sikap sedemikian juga mencerminkan mereka memandang rendah kepada kemampuan bahasa Melayu dalam pendidikan serta bangsa Melayu itu sendiri.

“Mereka lebih mengutamakan bahasa Mandarin. Jika ada kalangan yang menuduh UiTM mengamalkan apartheid ilmu, maka sekolah Cina juga mengamalkan apartheid bahasa.

“Sedar, hayati dan mengertilah kepentingan negara lebih utama daripada sesuatu kaum. Jangan rasa kejayaan dan kekayaan menguasai ekonomi serta sebahagian kuasa politik di negara ini selepas merdeka sudah megah dan besar kepala,” katanya yang turut bertanyakan reaksi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam isu itu. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *