BERITA UTAMA
18 tahun di penjara Arab Saudi, warga India bebas selepas bayar ‘wang darah’ RM18.79 juta

18 tahun di penjara Arab Saudi, warga India bebas selepas bayar ‘wang darah’ RM18.79 juta

SELEPAS berada dalam penjara selama 18 tahun atas tuduhan membunuh seorang remaja, warga India, Abdul Rahim akan dibebaskan setelah keluarga mangsa bersetuju menerima ‘wang darah’ berjumlah 15 juta Riyal (RM18.79 juta).

 Jawatankuasa Bantuan Undang-Undang Abdul Rahim berjaya mengumpul wang tersebut yang disifatkan kutipan derma paling besar dalam sejarah Kerala, India, lapor portal lifeinsaudiarabia.net

Pada 15 April lalu, jawatan itu melalui wakilnya memaklumkan kepada mahkamah Arab Saudi ‘wang darah’ sedang diuruskan dan mahkamah kemudiannya diberitahu keluarga remaja yang dibunuh bersedia menerima wang berkenaan serta akan memberi pengampunan.

Dana itu sudahpun diserahkan kepada mahkamah dan akan diberikan kepada keluarga mangsa.

Abdul Rahim berusia 26 tahun ketika dia datang ke Arab Saudi bagi mencari rezeki. Dia mula bekerja dengan seorang warga Arab Saudi sebagai pemandu dan menjadi penjaga anak lelaki majikannya yang lumpuh.

 Remaja itu dipasang alat khas  di leher bagi membolehkan dia bernafas dan makan. Dalam kenyataan kepada mahkamah, Abdul Rahim berkata, dia secara tidak sengaja telah tertanggal alat itu dalam usaha mengawal remaja tersebut yang bertindak agresif mendesak Abdul Rahim melanggar lampu isyarat merah.

Berikutan tindakan Abdul Rahim itu, remaja tersebut pengsan sebelum  meninggal dunia.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *