Dua maut nahas kereta dan motosikal di Kuala Kubu Bharu

HULU SELANGOR – Seorang lelaki dan seorang kanak-kanak maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Ampang Pecah, Rasa, Kuala Kubu Bharu awal pagi Isnin.

Kejadian pada jam 12.14 tengah malam itu turut menyebabkan seorang wanita mengalami kecederaan.

Pegawai Bomba Kanan I, Hairun Afiza Ahmad berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 12.14 tengah malam sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, jentera bomba tiba kira-kira 21 kilometer dari balai pada jam 12.35 tengah malam dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja serta sebuah motosikal.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Terdapat tiga mangsa warga tempatan terlibat dalam kejadian ini. Dua daripadanya disahkan meninggal dunia melibatkan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang wanita cedera,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pengesahan kematian kedua-dua mangsa dibuat oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya lagi, anggota bomba turut menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi kemalangan.

Operasi itu melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dari BBP Bukit Sentosa.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Top of Form

Bottom of Form

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *