BERITA UTAMA
Tikam bapa saudara hingga maut

Tikam bapa saudara hingga maut

KUCHING – Polis Padawan menahan seorang lelaki selepas dipercayai menikam mati bapa saudaranya dalam kejadian di Kampung Haji Baki, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan sekitar jam 8.30 malam tidak jauh dari lokasi kejadian.

Terdahulu, suspek dan mangsa yang berusia 55 tahun dikatakan bertengkar, sebelum suspek menikamnya di bahagian dada dengan objek tajam, dipercayai sebilah gunting.

Mangsa maut di tempat kejadian, lapor AWANI.

Difahamkan polis akan mendapatkan permohonan reman terhadap suspek pagi ini untuk melengkapkan siasatan.

Motif dan punca kejadian masih disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *