Pesan mi tarik, dapat daging babi panggang

Pesan mi tarik, dapat daging babi panggang

KUALA LUMPUR – Kesilapan penghantar makanan p-hailing menghantar pesanan menyebabkan anak pelanggan muslim itu termakan daging babi panggang.

Kejadian itu yang tular di laman sosial hasil muatnaik seorang pengguna Facebook Izham Nayan, meraih 1,000 perkongsian.

Menerusi hantaran itu, Izham turut memuat naik gambar makanan dan resit bayaran yang diterima.

“Salah hantar makanan (mengandungi daging panggang) babi ke rumah kawan saya. Anak-anak dia dah termakan, asal pesan mi tarik.

“Ibu tengah uruskan kelas dalam talian, anak kecil pula tengah lapar… Ayah pesankan untuk anak dekat rumah.

“Anak terima dan makan saja. Resit biasa tampal kat luar tapi yang ini resit kat sebelah bawah sekali dalam plastik, keluarkan semua baru jumpa resitnya,” tulisnya.

“Astaghfirullahalazim… makan baru habis ke baru perasan?” soal pengguna FB, Tati Norzai di ruangan komen.

“Macam mana boleh terjadi, kena berhati-hati, kerajaan atau jabatan agama kena lakukan sesuatu,” tulis seorang lagi pengguna, Md Noor Pitchay.

Harian Metro cuba menghubungi Izham menerusi Facebook (Fb) untuk mendapatkan kenyataan, namun mesej dihantar belum dijawab. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *