BERITA UTAMA
Kanak-kanak beraksi ala pelakon filem ‘Karate Kid’

Budak gaduh di padang bola kes terpencil

GEORGE TOWN – Pihak pengurusan Kumpulan Kopa menyifatkan kejadian pergaduhan melibatkan seorang kanak-kanak yang beraksi ala pelakon filem ‘Karate Kid’ pada kejohanan bola sepak Junior X, Sabtu lalu sebagai kes terpencil.

Pengarah Urusannya, Nik Mohd. Iqbal Nik Ibrahim berkata, pihaknya dimaklumkan pasukan kelab persendirian itu baru pertama kali menyertai pertandingan sedemikian di Padang Kopa Arena, Universiti Sains Malaysia (USM).

“Ini adalah kes terpencil dan lebih kepada pendedahan pertama buat peserta. Pihak kami sudah menyediakan garis panduan sebelum dan semasa pertandingan. Harap kejadian sama tidak berlaku lagi,” katanya dipetik Kosmo! di sini, hari ini.

Beritahu Iqbal, pihaknya ada memaklumkan kepada semua kelab bola sepak yang beraksi supaya menitikberatkan disiplin dalam perlawanan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kejadian tular melibatkan pergaduhan seorang peserta kanak-kanak dan pemain pasukan lawan ketika perlawanan bola sepak di Padang Kopa Arena, kelmarin.

Aksi kanak-kanak berusia lapan tahun itu telah mendapat kecaman daripada pengguna media sosial termasuk menyifatkannya sebagai panas baran. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *