22 maut dalam nahas bas di Jammu, Kashmir

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 22 terbunuh dan berpuluh lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas di wilayah Jammu dan Kashmir semalam.

Menurut pentadbiran daerah Jammu, bas itu jatuh ke gaung di kawasan Akhnoor Jammu.

Penumpang itu berasal dari Hathras di Uttar Pradesh, utara India.

Pentadbiran itu menyatakan, angka kematian adalah 22 orang, manakala 57 lagi cedera.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Akhnoor terletak kira-kira 30 kilometer dari ibu kota musim sejuk Jammu dan lebih 270 kilometer dari ibu kota musim panas Srinagar.

Mangsa difahamkan menuju ke sebuah kuil di daerah Raesi bagi aktiviti ziarah.

“Pentadbiran sedang menyediakan semua bantuan yang mungkin kepada keluarga mangsa dan juga memberikan kemudahan perubatan kepada mereka yang cedera,” kata Gabenor Jammu dan Kashmir, Manoj Sinha di media sosial. – BERNAMA

 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *