Projek DRT: Hannah sepatutnya pertahan tatakelola kerajaan Madani

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sepatutnya menasihati suaminya supaya tidak menerima pelantikan sebagai pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) bernilai RM25 juta daripada kerajaan Selangor.

Malah, lebih baik sekiranya Ramachandran Muniady tidak terlibat dalam projek yang mencetuskan kontroversi dalam kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Zurk Ahmad berkata, saranannya itu adalah demi kebaikan kerajaan dan negara sendiri, selain Hannah meneruskan sahaja cita-citanya hendak menjadi pembaca berita sejak kecil. 

“Rakyat tidak perlukan seorang menteri tidak berprinsip dan menyalahgunakan kuasa.

“Bagaimanapun, nasihat saya, sebagai seorang menteri dan pemimpin DAP yang konon menyokong tender terbuka dalam pemberian projek kerajaan, seharusnya dia berasa malu dan mengambil tindakan melepaskan jawatan.

“Bukankah perjuangan Pakatan Harapan untuk melawan budaya kronisme? Lagipun Hannah bukan orang biasa,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Zurk turut mempersoalkan, di mana tatakelola dalam kerajaan Madani apabila Hannah sebagai isteri dan menteri boleh membiarkan suami dengan mudah mendapat projek kerajaan. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *