BERITA UTAMA

Wanita warga emas jatuh bangunan

SUNGAI BULOH – Berpantang maut sebelum ajal, demikian nasib seorang warga emas yang terselamat dalam kejadian jatuh bangunan di Apartmen Azelia Residence, PJU 9, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 63 tahun telah terjatuh dari rumahnya di tingkat 16 ke tingkat 15.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, PBK II KUP Zamri Yup berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.58 pagi.

Katanya, seramai 13 anggota bomba bergegas ke tempat yang dimaklumkan dan berjaya menyelamatkan mangsa yang berada di tingkat 15 apartmen itu.

“Anggota BBP Sungai Buloh telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan kenderaan Hi-Ace sebaik dihubungi.

“Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan sebaik anggota bomba tiba di lokasi,” katanya. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *