BERITA UTAMA

Mahmoud Abbas hubungi PM Norway, zahir penghargaan iktiraf Palestin

RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memaklumkan, beliau telah mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store susulan pengiktirafan negara itu ke atas Palestin.

“Tuan Yang Terutama Presiden berterima kasih kepada Perdana Menteri Norway atas pendirian berani dan berprinsip negaranya dalam mengiktiraf negara Palestin,” kata pejabat Presiden Palestin dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Norway, Ireland dan Sepanyol pada Rabu mengumumkan keputusan mengiktiraf Palestin.

“Kami berharap semua negara Eropah yang tidak mengiktiraf negara Palestin akan mengikuti contoh langkah berani Norway, Sepanyol dan Ireland untuk mengiktiraf negara Palestin,” kata Abbas dalam kenyataan itu lagi.

Kerajaan Israel sebelum ini mengancam “akibat” yang perlu ditanggung jika ketiga-tiga negara itu bergerak ke hadapan dengan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. – Al Jazeera

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *