Jauhi Pemikiran Ghuluw, Perbezaan Pandangan Bukan Ancaman Kepada Islam – YADIM

PUTRAJAYA – Perbezaan pandangan termasuk dalam gagasan dan pemikiran politik tidak seharusnya dibawa sehingga pihak tidak sehaluan dianggap sebagai ancaman kepada agama atau bangsa, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Dr Hasan Bahrom.

Beliau menerusi kenyataan hari ini berkata pendekatan sedemikian boleh membawa kepada pemikiran ghuluw atau sikap berlebih-lebihan dan melampaui batas, selain menanam rasa takut serta curiga dalam kalangan masyarakat.

“Tidak semua perbezaan dasar dan pendekatan ancaman kepada Islam dan sesuatu bangsa. Adalah sesuatu di luar pemikiran yang rasional apabila mengaitkan kumpulan tidak senada dengan kita membawa agenda penjajahan, menggadaikan akidah atau menghakis kedudukan Islam tanpa asas dan bukti kukuh serta alasan munasabah,” katanya.

Hasan berkata sejarah sesuatu kaum dan peristiwa penjajahan sememangnya penting untuk difahami, namun ia tidak harus digunakan secara terpilih untuk menggambarkan setiap perbezaan pada masa kini sebagai kesinambungan agenda penjajah bagi menyekat atau memusnahkan pegangan agama sesuatu kaum.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata sejarah juga tidak sepatutnya digunakan untuk menanam rasa takut dan curiga antara rakyat sehingga kelompok tertentu dianggap sebagai musuh hanya kerana tidak selari dengan sesuatu pemikiran.

Selain itu, beliau berkata kesan pemikiran ghuluw tidak boleh dipandang ringan kerana berupaya menyebabkan keberantakan sesama Muslim termasuk budaya melabel dan permusuhan hanya disebabkan perbezaan pilihan atau pendirian selain menimbulkan tanggapan silap kepada masyarakat bukan Islam.

“Islam tidak menjadi lebih kuat apabila bahasa yang diungkapkan semakin keras dan kasar. Islam menjadi kuat apabila ilmu umatnya bertambah, akhlak penganutnya terpelihara dan masyarakat mendapat manfaat,” katanya.

Hasan berkata dakwah seharusnya mendekatkan manusia kepada Islam dan bukan menyebabkan mereka semakin jauh kerana melihat umat Islam saling menyerang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua pihak yang membawa suara agama supaya menghentikan budaya menyerang, menabur fitnah dan melampaui batas terhadap mereka yang berbeza pandangan.

“Tegur dengan ilmu, berhujah dengan fakta dan berbeza dengan adab. Jangan sehingga ghuluw yang akhirnya merosakkan ukhuwah umat dan menyukarkan kerja dakwah dalam membina tamadun umat,” katanya.  – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *