BERITA UTAMA

Olahraga Para Dunia: Ammar Aiman bolot pingat gangsa

ATLET para olahraga negara, Muhammad Ammar Aiman menambah koleksi pingat kontinjen olahraga para dalam aksi final 400m kategori T20 di saingan Olahraga Para Dunia Kobe 2024, di Jepun.

Ammar menamatkan saingan di kedudukan ketiga dengan catatan 48.16s untuk menggondol pingat gangsa di belakang pemenang pingat emas dan perak, Samuel Oliveria Conceicao dan Jhon Sebastian Obando.

Kendatipun begitu, kem negara sedang kemukakan satu bantahan rasmi kepada juri susulan pelari dari Brazil yang memasuki laluan pelari kebangsaan.

Keputusan rayuan itu akan di ketahui sebelum upacara penyampaian hadiah, pagi ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *