Duta Norway, Sepanyol, Ireland dimarahi Israel kerana iktiraf Palestin

TEL AVIV – Kementerian luar Israel menegur duta Norway, Sepanyol dan Ireland berikutan keputusan kerajaan ketiga-tiga negara itu mengiktiraf negara Palestin.

Ketiga-tiga duta itu telah dipanggil ke kementerian dan ditunjukkan video pejuang Hamas menangkap lima askar wanita semasa serangan 7 Oktober tahun lalu yang mencetuskan perang ke atas Gaza.

“Keputusan putar belit kerajaan anda adalah hadiah kepada Hamas,” kata Kementerian Luar Israel yang memetik teguran Ketua Pengarahnya, Yaakov Blitshtein.

Blitshtein turut membidas mereka dengan menyebut: “Hamas mengucapkan tahniah kepada anda”.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam masa sama, Blitshtein juga memberi amaran sokongan pengiktirafan ke atas Palestin itu akan meninggalkan kesan tambahan terhadap hubungan diplomatik Israel dengan tiga negara Eropah itu. – Al Jazeera

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *