Raja Permaisuri Agong ziarah anggota polis cedera

JOHOR BAHRU – Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat melawat Koperal Mohd Hasif Roslan, anggota polis yang cedera dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram.

Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda di HSI hari ini disambut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani.

Seri Paduka Baginda turut mengurniakan sumbangan peribadi daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan baginda kepada Mohd Hasif serta turut meluangkan masa bertanyakan khabar isteri anggota polis berkenaan. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *