Raja Permaisuri Agong lawat jenazah dua anggota terkorban

JOHOR BAHRU – Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat melawat jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi semalam.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi solat jenazah.

Raja Permaisuri Agong turut bertemu kedua-dua keluarga anggota polis berkenaan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil dan mengurniakan sumbangan peribadi daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan baginda.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani.

Jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi akan dikebumikan di Bidor, Perak, manakala jenazah Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq dikebumikan di Gambang, Pahang.

Seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang mengalami kecederaan dalam insiden serangan berkenaan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *