Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kota Bharu

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya di kawasan Pasar Gok Kapor dekat Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, terbakar malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Mohd Ridzuan Baharudin berkata, mangsa, Kang Choo Hock, 66, ditemukan dalam bilik air pada jam 9.37 malam dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui NG999 pada jam 8.43 malam sebelum jentera tiba di lokasi kira-kira lima kilometer dari BBP Kota Bharu sembilan minit kemudian.

“Berlaku kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal berukuran kira-kira 30×50 kaki, dengan anggaran 95 peratus struktur rumah musnah terbakar. Operasi berjaya dikawal pada jam 9.24 malam dan pasukan masih menjalankan tindakan lanjut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ridzuan berkata, operasi pemadaman menggunakan dua aliran pam jentera dengan empat pancutan air sepanjang 300 kaki melibatkan 35 anggota daripada BBP Kota Bharu, BBP Kota Darul Naim dan BBP Pengkalan Chepa serta aset tiga jentera FRT, sebuah lori tangki dan sebuah Proton Arena.

Sementara itu, saksi yang membuat panggilan kecemasan, On Peng Lun, 33, berkata, dia bersama saudara mangsa ketika kejadian sebelum mereka menghubungi bomba dan bergegas ke lokasi.

Katanya, mangsa dipercayai berseorangan ketika kejadian dan mungkin tidak sempat menyelamatkan diri selepas api marak dengan cepat. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *