DBKL serbu, sita penjaja warga asing di ibu kota

KUALA LUMPUR – Anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu aktiviti perniagaan oleh sekumpulan warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang) dan Lebuh Pudu, di sini, petang semalam.

Dalam serbuan itu, seramai tujuh warga asing didapati menjual sireh, makanan dan pakaian terpakai tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Barangan perniagaan itu kemudian dirampas oleh Jabatan Penguatkuasaan menerusi Tindakan Khas Terhadap Peniaja Warga Asing.

“Menerusi perkongsian video yang tular di media sosial (aplikasi TikTok) petang semalam berkaitan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing melibatkan warganegara Bangladesh sekitar Jalan Silang.

“Sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa DBKL telah hadir di lokasi berkenaan dan membuat tindakan penguatkuasaan sita juga pindah halangan serta merta ke atas tujuh penjaja.

“Mereka adalah warga Bangladesh yang menjual sireh, makanan, pakaian terpakai secara tanpa kebenaran pihak berkuasa,” kata DBKL menerusi kenyataan.

Kata DBKL lagi, pada sebelah tengah hari, pihaknya telah membuat rutin pemantauan dan tindakan terhadap seorang penjaja menjual sireh warga Bangladesh di lokasi sama di Jalan Silang.

DBKL mengambil tindakan di bawah kesalahan UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.

Semua barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan rekod.

DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan dari semasa ke semasa dan sebarang maklumat serta aduan boleh disalurkan di portal adu@kl di pautan adukl.dbkl.gov.my. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *