Aiman pernah bersaing peringkat akhir Anugerah Juara Lagu

AIMAN Sidek memulakan langkah dalam industri muzik tempatan selepas muncul Naib Juara program Akademi Nasyid di TV9 pada 2008.

Beliau pernah tampil di pentas hiburan tanah air lebih sedekad lalu dengan lagu “Cinta Terakhir” ciptaan komposer Hafiz Hamidun serta “Bunga Dhia” ciptaan Aiman sendiri, yang popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan di TV3.

Anak kelahiran Terengganu ini juga pernah bersaing di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu pada tahun 2008 membawakan lagu “Dusta Berkalang” sepentas bersama Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Ziana Zain, Spider, Estranged, Stacy dan Mawi.

Selepas tahun 2020, Aiman Sidek kembali ke industri muzik tanah air di bawah naungan label miliknya sendiri, 4U Entertainment dan berjaya meletakkan lagu ciptaan dan nyanyiannya “Cinta Sejati” di kedudukan nombor satu dalam carta radio-radio di Malaysia.

Lagunya itu menembusi pencalonan Muzik-Muzik, Top 5 kategori lagu paling Boom di Anugerah Bintang Popular (ABPBH 2023) serta memasuki carta trending sehingga ke kedudukan yang ketiga di Youtube termasuk lagu-lagu lain ciptaan dan nyanyiannya yang menduduki carta pelbagai platform penstriman.

4U Entertainment didaftarkan sebagai Foryou Entertainment sebagai syarikat label muzik yang ditubuhkan pada tahun 2020, bertujuan menghasilkan karya segar dengan menyediakan platform untuk penyanyi serta pemuzik baharu dan lama tanah air.

Antara karya di bawah syarikat itu adalah dua album bertajuk “Aiman Sidek” pada tahun 2009 dan “Gelora Cinta” (2018).

Lagu-lagu lain yang pernah dihasil atau dinyanyikan Aiman Sidek ialah Tak Bisa (Andrea), Cinta Awangan (Aiman & Friends), Apa Benar (Misha Shahirah), Kamulah Wanita, Wanitaku, Aryana (Nadzmi Adhwa), Manisnya Hari Raya (Manis FM), Warna (Namias), Penjaja Jalanan (Anas Tahir).

Tetap Bertahan (Alif Azhari), Bunga Dhia, Larut, Pria Arjuna, Dusta Berkalang, Cinta Terakhir (Aiman Sidek), Bangkit Malaysia (Aiman Sidek ft. Namias), Manis di Mulut (Aiman Sidek ft Skyrulez), Kekasih (Aiman Sidek, Aniq Muhai dan Alif Azhari), Cinta Hati (Araf Aziz), Haruskah (Yuji) serta banyak lagi. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *